Hadith No. 7

Hadith No. 7

“Dua hal janganlah Anda dekati. Menyekutukan Allah dan mengganggu (merugikan) orang lain.”

Riwayat tersebut tidak ada sumbernya. Memang ia sangat masyhur dan menjadi perbicaraan dengan lafazh yang demikian. Namun saya tidak mendapatinya dalam kitab-kitab sunnah.

Barangkali riwayat itu berasal dari kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali II/185, yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Dua hal yang tidak ada sesuatu kejahatan yang melebihinya, iaitu menyekutukan Allah dan memudharatkan hamba-hamba Allah. Dan dua hal yang tidak ada kebaikan melebihinya iaitu iman kepada Allah dan memberi manfaat kepada hamba Allah.”

Hadith tersebut tidak ada dan tidak diketahui sumbernya. Al-Hafidz al-Iraqi dalam merincikan riwayat tersebut mengatakan, “Riwayat tadi telah dipaparkan oleh penulis kitab al-Firdaus dari hadith Ali sedang anaknya tidak menyandarkannya dalam musnadnya. Kerana itu, as-Subuki menyatakan bahawa apa yang tercantum dalam Ihya riwayatnya tidak bersanad.

– Silsilatul ahaadith ad-Dhaifah wal Maudhu’ah oleh Syeikh Nasiruddin al-Albani

Hadith No. 6

“Hindarilah debu, kerana darinyalah timbulnya penyakit asma.”

Saya tidak mengetahui sumber hadith yang disebutkan oleh Ibnu Atsir dalam kitab an-Nihayah pada maddah “nasama” tersebut seraya mengatakannya sebagai hadith. Namun, saya mendapati ia tidak menyebutkan sumber aslinya secara marfu’ (sampai sanadnya kepada Rasulullah s.a.w)

Ibnu Saad dalam Thabaqat al-Kubra VIII/198 meriwayatkan bahawa Abdullah bin Saleh al-Mashri berkata, dari Harmalah bin Imran apa yang diceritakan kepada mereka oleh Ibnu Sindir pengikut (budak) Rasulullah s.a.w.. Ia berkata, “Suatu saat datanglah Amr Ibnu Alsh sedang Ibnu Sindir telah bersama sekelompok orang. Tiba-tiba orang yang bergerombol bermain-main menebarkan debu ke udara. Amr kemudian menghulurkan imamah (serban)-nya seraya menutupi hidungnya dan berkata ‘Hati-hatilah kalian terhadap debu kerana itu merupakan sesuatu yang paling mudah masuknya dan paling sulit keluarnya. Bila debu telah masuk menembusi paru-paru maka timbullah penyakit asma.”

Jadi di samping riwayat tersebut mauqud (terhenti sampai kepada sahabat) juga sanadnya tidak sahih. Alasannya:

1. Ibnu Saad hanya menyandarkan riwayat tersebut tanpa menyebutkan kaitan antara dia dengan Abdullah bin Saleh.

2. Ibnu Saleh itu lemah. Hal ini dinyatakan oleh Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah.

3. Kaitan antara Harmalah dengan Ibnu Sindir tidak dijelaskan, kerana itu dikategorikan sebagai Majhul.

– Silsilatul ahaadith ad-Dhaifah wal Maudhu’ah oleh Syeikh Nasiruddin al-Albani