Koleksi Nota Ilmu Agama Islam

HUKUM BERPAKAIAN LELAKI MENYERUPAI WANITA

​Fiqh as-Syafie berpendapat haram hukumnya lelaki menyerupai wanita dalam berpakaian dan perhiasan seperti mengenakan anting-anting, loket, kalung, dan gelang tangan. Juga diharamkan peniruan dalam bentuk percakapan dan lenggang-lengguk kecuali itu adalah asal kejadiannya (khunsa sahaja).

أن النبي -صلى الله عليه وسلم- رأى رجلا في يده حلقة من صفر فقال: ما هذه? قال: من الواهنة، قال: انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنًا، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدًا

Bahawasanya Nabi SAW telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi SAW bertanya: “Apakah ini ?” 

Orang itu menjawab: “ianya daripada al-Wahinah yakni penyembuh atau tangkal sari sakit

Nabi SAW lalu bersabda: “Tanggalkanlah segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.” (Sahih Imam Ahmad).

News and Update

LELAKI DITEMUI MATI TERGANTUNG

Khamis, 12 Januari 2017

PENAMPANG: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung pada dahan pokok di kawasan hutan berhampiran Jalan Kampung Baru, Luyang, di sini, petang tadi. Mayat lelaki berusia 37 tahun itu ditemui penduduk kampung kira-kira jam 2 petang sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis. Ketika ditemui, mayat mangsa tergantung pada dahan pokok itu dengan tali pinggang serta tuala kecil dan turut berpakaian lengkap. 

Anggota bomba menurunkan mayat seorang lelaki yang ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok di kawasan hutan berbukit, Kampung Baru, Luyang, Penampang. – Foto Mohd Adam Arinin 

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada mangsa mati akibat membunuh diri atau ada kaitan dengan jenayah. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan menegaskan siasatan lanjut masih dijalankan.  Sepasukan anggota bomba turut dipanggil ke lokasi bagi menurunkan mayat lelaki terbabit.