Koleksi Nota Ilmu Agama Islam · News and Update

DI BERI PERINGATAN & NASIHAT 

Kita mudah memutuskan (menghukum) sesuatu perlakuan atau perbuatan seseorang dengan menggunakan mata sebagai hakim. Apatah lagi jika perlakuan atau perbuatan mereka membuatkan kita merasa sakit hati.

Mengapa berkelakuan sedemikian? Perlukah kita terus sahaja membenci atau seharusnya memikirkan terlebih dahulu baik atau buruk perbuatan itu. Dan mungkin juga seharusnya dinilai terlebih dahulu kewajaran atau tidak wajar sesuatu perbuatan berkenaan sebelum membiarkan kemarahan dan kebencian meruap dan mengaburi norma akal.

Penilaian akal sahaja amatlah berbeza dengan penilaian akal bersama hati (iman).

Masih ingatkah akan kisah pengembaraan Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidir a.s?

Bagaimana sekiranya jika perbuatan seseorang itu terhadap kita merupakan tanda pertolongan serta kasih sayang mereka terhadap diri kita, yang mungkin tidak mampu untuk memahaminya. Ketahuilah bahawa tidak semestinya seseorang itu perlu melaungkan niat serta hasrat baiknya dalam melaksanakan sesuatu perbuatan.

Kita amat membencinya akibat perbuatan mereka yang melibatkan kepentingan kita. Namun, berkemungkinan orang itu melakukannya atas pengetahuan serta tanggungjawab berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Yang mana, jika dibiarkan dan tidak dilakukan akan menjerumuskan kita lebih jauh dalam perbuatan yang menzalimi diri sendiri serta keluarga.

Setiap kita berhak menyayangi serta mencintai. Namun, jangan biarkan perasaan sayang dan cinta itu berkompromi dengan nafsu sehingga hak-hak keadilan serta tuntutan syariat ditinggalkan. Sebagai muslim mari fikirkan, adakah cara kita menyayangi serta mengasihi sesuatu itu berlandaskan syariat? Bagaimana dikatakan menyayangi serta mengasihi ciptaan Allah SWT dengan tanpa menunaikan hakNya?

Oleh itu, belajarlah untuk berlapang dada serta berfikir dengan sewajarnya. Renungilah kisah Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidir a.s kerana pengajaran daripadanya amat bernilai. Usahakanlah untuk diri kita dengan menghayati perintah serta larangan Allah SWT dengan ilmu bermanfaat serta amal yang benar seperti yang dituntut syariat.

Diriwayatkan bahawa Imam Hasan Al-Basri rahimahullah (wafat 110 H) berkata; 

” Kehidupan di dunia ini ibarat 3 hari, semalam telah pun berlalu termasuk apa yang ada di dalamnya. Adapun esok mungkin kau tidak akan menemuinya. Maka hari ini adalah bagimu untuk engkau beramal di dalamnya”

​Allah SWT berfirman:

“(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.” 

(Ibrahim: Ayat 52)

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.”

(An-Nahl: Ayat 90)

APA YANG DI CARI PADA UMUR BEGINI

Apa yg dicari pd saat umur begini

Apakah kekayaan yg menjadi mimpi

Tidak ku mampu mengejarnya berlari

Dek sifatnya mengganggu akal dan hati

Ku berjalan pagi dan malam silih berganti

Merenungi umur ku yang sentiasa melewati

Ah..sudah hampirnya waktu untuk ku pergi

Apakah bekalan ku nanti sudah mencukupi

Apa yg dicari pd saat umur begini

Apakah kemewahan yg menjadi mimpi

Aku tinggalkan keduanya dengan menyendiri

Bersembunyi memahami tuntutan Ilahi

Kerana hati mulai memahami

Semuanya ujian daripada Ilahi

Aku bersembunyi membaca dan mengaji

Perlahan merangkak kemudian berdiri

Masih juga resah di hati

Takut nanti tidak diredhai

Bersyukur aku dengan cara bersembunyi

Takut diintai nafsu dan dengki

Ya Ilahi lindungilah hati dan sembunyikan diri

Agar tetap ku dijalan yang ini

Biar dibenci manusia di bumi

Asalkan disukai di langit yang pasti

Semoga dipermudahkan perjalanan ku nanti

Kerana hati mulai memahami

Lemah aku berdiri sendiri

Tanpa nikmat darinya Ilahi

Apa yg cukup saat umur ku begini

Untuk ku harungi kegelapan nanti

Bekalan yg utama bukan duniawi

Melainkan perintah dan suruhan dari Ilahi

Wallahua’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s