Fiqah · Koleksi Nota Ilmu Agama Islam

SOLAT MUSAFIR (QASAR DAN JAMAK)

Allah SWT berfirman:

“Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama ” (Surah Al Haj : 78)

Allah SWT tidak mensyariatkan hukum-hakam agama yang nenyebabkan kesusahan dan kerumitan sehingga kerja-kerja yang dilakukan menjadi tidak keruan. Sebaliknya dimana sahaja orang Islam menghalang kesempitan, Allah SWT akan melonggarkan perintah agamanya supaya semua hukumnya dapat diterima dan mampu ditanggung.

Cara Solat Musafir:

i. Mengurangkan bilangan rakaat dan ia dinamakan qasar.

ii. Menghimpunkan dua solat ketika menunaikannya supaya orang yang musafir mendapat masa lapang sebanyak yang mungkin, dan ini dinamakan “Jama'”.

Qasar:

– ialah melakukan solat yang 4 rakaat iaitu Zohor, Asar dan Isya dengan 2 rakaat sahaja.

Allah SWT berfirman:

” Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa ‘mengqasarkan’ (memendek) sembahyang.” (Surah Al Nisa : 101)

Solat qasar, mestilah mematuhi syarat-syarat yang berikut:

i. Solat fardhu berkenaan wajib atas seseorang ketika bermusafir dan dia melakukannya ketika bermusafir itu.

Solat yg telah masuk waktunya tetapi belum ditunaikan sebelum memulakan perjalanan tidak harus diqasarkan kerana dia belum dikatakan bermusafir ketika solat tersebut wajib atasnya. Begitu juga solat yg masuk waktu ketika bermusafir tetapi tidak menunaikannya sehingga balik semula ke tempat, solat tersebut tidak harus lagi diqasarkan kerana dia bukan lagi musafir.

ii. Perjalanannya telah melepadi pagar sempadan qaryahnya atau kawasan bangunannya jika qaryah tersebut tidak berpagar.

iii. Tidak berniat menetap selama empat hari ditemoat yang ditujui selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar.

– seseorang yang berniat tinggal disuatu tempat kurang daripada empat hari atau tidak tempohnya tinggal disitu kerana melakukan tugas yang belum tentu bila selesainya, dalam keadaan pertama dan dia harus mengqasarkan solatnya sehingga kembali ke tempat asalnya.

iv. Tidak mengikut imam yang bermukim. Jika berimamkan seorang yang bermukim dia hendaklah bersolat sepenuhnya mengikut imam tersebut dan tidak harus mengqasarkannya.

Jama’:

Rasulullah SAW bersabda:

“Rasulullah SAW menjama’kan solat Zohor dengan Asar ketika bermusafir dan menjama’kan solat Magrib dengan Isya’.” (Riwayat Al Bukhari : 1056)

Jenis Jama’ :

Dua jenis iaitu Jama’ Taqdim bermaksud membawa solat yang kedua kedalam solat pertama dan Jama’ Ta’khir yang bermaksud membawa solat pertama kedalam solat yang kedua.

Solat yang Boleh Dijama’kan:

– Solat yang boelh dijama’kan ialah solat Zohor dengan Asar dan Magtib dengan Isyak. Tidak sah dijama’kan solat Subuh.

Syarat-syarat Jama’ Taqdim:

i. Kedua-dua solat dilakukan mengikut urutannya iaitu dimulai dengan solat pertama yang empunyai waktu kemudian diikuti solat yang kedua.

ii. Berniat menjama’kan solat kedua dengan yang pertama selesai solat yang pertama. Walaubagaimanapun niat tersebut sunat berserta Takbiratul Ihram.

iii. Kedua-dua solat dilakukan secara berturutan, iaitu memulakan solat yang kedua dengan segera sebaik sahaja selesai salam solat yang pertama tanpa dipisahkan dengan berzikir, mengerjakan sunat dan sebagainya.

iv. Masih dalam musafir sehingga memulakan solat kedua.

Syarat-syarat Jama’ Ta’khir:

i. Berniat menjama’kan solat yang pertama dslam waktunya yang asal kepada solat yang kedua.

ii. Masih dalam musafir sehingga selesai mengerjakan kedua-dua solat.

iii. Dalam hal ini tertib antara kedua dua solat.

iv. Dalam hal ini tertib antara kedua dua solat tidak disyaratkab malah boleh dimulakan dengan mana-mana kedua antara solat yang dikehendaki. 

Syarat Jama’ Ta’khir:

i. Berniat menjama’kan yang pertama dalam waktunya yang asal ke solat yg kedua.

ii. Masih dalam musafir hingga selesai mengerjakan kedua-dua solat.

iii. Dalam hal ini tertib antara kedua-dua solat tidak syaratkan malah boleh dimulakan dengan mana-mana antara dua solat yang dikehendaki.

Syarat-syarat Perjalanan yang Diharuskan Qasar dan Jama’:

i. Perjalanan yang jaraknya hingga 81km dan lebih.

ii. Perjalanan yang tentu tempat tujuannya. Orang yang merayau-rayau tanpa tujuan atau mengikut ketuanya tanpa mengetahui kemana hendak dituju, perjalanan mereka tidak mengharuskan qasar kecuali setelah menjangkau jarak perjalanan yang jauh.

iii. Perjalanan tersebut tidak bertujuan maksiat.

Menjama’kan Dua Solat Ketika Hujan:

Syarat-syarat menjama’kannya:

i. Solat tersebut dilakukan secara berjemaah dimasjid yang jauh pada anggapan umum dan terdapat kesulitan bagi seseorang ke sana disebabkan hujan.

ii. Hujan berterusan pada permulaan kedua-dua solat dan ketika salam solat yang pertama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s