BILA MASANYA HENDAK BERPALING KETIKA MEMBERI SALAM?

Ketika memberi salam di hujung solat; adakah kita memberi salam dulu baru berpaling ke kanan atau ke kiri, atau kita berpaling bersama-sama memberi salam?


Jawapan;


Mula-mula kita lafazkan “Assalamu alaikum” dengan muka masih menghadap ke kiblat, kemudian bila menyebut “Wa rahmatullah” barulah kita memalingkan muka ke kanan atau ke kiri. Dengan cara ini kita dapat mengelak dari berpaling ketika masih dalam solat kerana selagi belum melafazkan salam, selagi itu kita dikira masih dalam solat. Maka apabila kita melafazkan salam terlebih dahulu, kemudian baru berpaling, kita berpaling setelah menyelesaikan solat dengan melafazkan salam. 


Mengenai larangan berpaling dalam solat, ia disebut oleh hadis dalam Soheh al-Bukhari dari ‘Aisyah RA yang menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya tentang berpaling di dalam solat, lalu baginda menjawab;

«هُوَ اخْتِلاَسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلاَةِ العَبْدِ»

“Perbuatan itu adalah salah satu cara Syaitan mencuri tumpuan seorang hamba dari solatnya” (Soheh al-Bukhari; 751).


Rujukan;

1. Syarah ‘Umdatil Ahkam, Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha.

2. al-Mughni, Imam Ibnu al-Qudamah, 1/399.

Advertisements

Author: Greensilverblue

بسم اللّه الرحمن الرحيم ربنا لا تواخذنا إن نسينا أو أخطأنا، ربنا ولا تحمل علينآ إصرا كما حملته على الذين من قبلنا، ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به، واعف عنا واغفر لنا وارحمنا أنت مولىنا فانصرنا على القوم الكفرين

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s