News and Update

POLIS KUNAK PERHEBAT USAHA BENDUNG JENAYAH, SALAHGUNA DADAH

12th January, 2017
KUNAK: Polis Daerah Kunak terus giat memperhebatkan usaha bagi membendung kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah di daerah itu termasuk melakukan pemeriksaan dan operasi ke kawasan-kawasan ladang di Kunak.

Ketua Polis Daerah Superitendan Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, usaha tersebut akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan matlamat tersebut dicapai.

Sementara itu katanya, dalam kejayaan terbaru, Pasukan Polis IPD Kunak telah merampas tiga laras senapang buatan sendiri jenis bakakuk dan sembilan laras senapang angin yang ditemui dibawah jambatan jalan Tingkayu, kelmarin.

Jelasnya, bertindak atas maklumat orang awam pada kira-kira pukul 11.20 pagi, sepasukan polis diketuai oleh beliau sendiri telah menjalankan operasi dan pemeriksaan di bawah jambatan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan itu kita telah menemui tiga laras senapang buatan sendiri jenis bakakuk dan sembilan laras senapang angin.

“Semua senjata itu disembunyikan di bahagian bawah jambatan berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, tiada tangkapan dibuat dan semua senjatapi yang ditemui itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 40 Akta Senjata Api 1960.

“Kita memandang serius perkara ini, dan menasihatkan kepada semua pengurusan pihak-pihak ladang di daerah ini agar dapat membuat pemantauan berterusan kepada pekerja-pekerja ladang masing-masing agar tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Dalam masa sama, kita juga mengharapkan kerjasama sepenuhnya dari pihak pengurusan ladang untuk menyalurkan maklumat sekiranya didapati ada para pekerja ladang yang memiliki senjatapi buatan sendiri,” . 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s