LELAKI DITEMUI MATI TERGANTUNG

Khamis, 12 Januari 2017

PENAMPANG: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung pada dahan pokok di kawasan hutan berhampiran Jalan Kampung Baru, Luyang, di sini, petang tadi. Mayat lelaki berusia 37 tahun itu ditemui penduduk kampung kira-kira jam 2 petang sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis. Ketika ditemui, mayat mangsa tergantung pada dahan pokok itu dengan tali pinggang serta tuala kecil dan turut berpakaian lengkap. 

Anggota bomba menurunkan mayat seorang lelaki yang ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok di kawasan hutan berbukit, Kampung Baru, Luyang, Penampang. – Foto Mohd Adam Arinin 

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada mangsa mati akibat membunuh diri atau ada kaitan dengan jenayah. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan menegaskan siasatan lanjut masih dijalankan.  Sepasukan anggota bomba turut dipanggil ke lokasi bagi menurunkan mayat lelaki terbabit. 

Advertisements

Author: Greensilverblue

بسم اللّه الرحمن الرحيم ربنا لا تواخذنا إن نسينا أو أخطأنا، ربنا ولا تحمل علينآ إصرا كما حملته على الذين من قبلنا، ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به، واعف عنا واغفر لنا وارحمنا أنت مولىنا فانصرنا على القوم الكفرين

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s