ANGGOTA POLIS IPD KENINGAU CEDERA DILIBAS

12 Januari 2017

KENINGAU: Seorang anggota polis berpangkat Koperal di sini, cedera pada bahagian betis kiri selepas di libas menggunakan parang dalam satu operasi Ops Lejang di kawasan Jalan Ansip, bagi mengesan kenderaan curi di daerah ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Keningau DSP Ahmad Jawila, semasa tugasan dibuat, pasukan polis telah melihat sebuah kenderaan jenis Prado warna putih yang mencurigakan telah masuk ke dalam kebun sawit berhampiran kawasan operasi.

Katanya, anggota polis yang menaiki van telah masuk ke jalan kebun kelapa sawit bagi mengekori kenderaan suspek manakala kereta pasukan proton Preve menunggu di simpang jalan kerana tidak dapat memasuki jalan tersebut.

“Selang beberapa minit kemudian, secara tiba-tiba telah datang sebuah kenderaan jenis Toyota Prado warna putih dengan dipandu secara melulu lalu melanggar kenderaan Preve yang berada di tepi jalan.

Beliau berkata akibat perbuatan itu kereta Preve dan terbabas ke dalam longkang dan mengalami kerosakan di hadapan sebelah kanan dan tidak boleh bergerak.”

“Semasa anggota polis hendak menangkap suspek, dia telah menyerang anggota polis dengan parang dan tembakan telah dilepaskan bagi menyelamatkan anggota polis menyebabkan suspek mengalami kecederaan,” kata Ahmad.

Anggota polis yang cedera dan suspek kemudiannya telah dibawa ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

Hasil rawatan terhadap suspek mendapati suspek telah terkena tembakan di bahu kanan, luka di lengan kiri dan punggung sebelah kiri.

Walau bagaimanapun, suspek dalam keadaan stabil dan akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari punggungnya.

Sementar anggota polis itu mengalami kesan tetakan sepanjang lebih kurang 8 cm.

Siasatan terhadap kenderaan yang dinaiki suspek mendapati kenderaan tersebut dilaporkan hilang di Menggatal.

Advertisements

Author: Greensilverblue

بسم اللّه الرحمن الرحيم ربنا لا تواخذنا إن نسينا أو أخطأنا، ربنا ولا تحمل علينآ إصرا كما حملته على الذين من قبلنا، ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به، واعف عنا واغفر لنا وارحمنا أنت مولىنا فانصرنا على القوم الكفرين

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s